Seorang lelaki bertanya kepada saya. Ustaz terlalu mempertahankan sangat semangat kemelayuan, sedangkan adat orang melayu tidak boleh menjaga anak sendiri sehinggakan sanggup mempertahankan adat dengan membiarkan mati anak daripada mati adat sedangkan adat itu hanyalah ciptaan manusia dan anak itu adalah amanah dari Allah..
Bila mendengar sahaja pertanyaan sebegitu maka fahamlah saya anak melayu zaman sekarang tidak peka dengan peri bahasa tersebut dan dari mana datangnya asal usul pepatah itu.
Berdasarkan pepatah di atas, ramai dari kalangan kita pada hari ini menyangka bahawa nenek moyang kita dahulu sanggup menggadaikan nyawa anak mereka demi mempertahankan adat resam.
Kesalah fahaman ini adalah berpunca dari kegagalan memahami maksud adat dan sejarah munculnya pepatah tersebut.
Zaman pra-penjajahan, adat itu maksudnya luas. Adat tidak hanya terbatas kepada adat resam semata-mata. Ianya merangkumi perlaksanaan undang-undang termasuk hukum Islam.
Pepatah “Biar mati anak, jangan mati adat” yang sangat masyhur di Nusantara ini berasal dari pepatah Aceh “Mate aneuk meupat jeurat, gadoh adat pat tamita”. Manakala pepatah Aceh itu lahir dari kisah perlaksanaan hukum Islam tanpa mengira darjat oleh Sultan Iskandar Muda (1590 – 1636).
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Aceh, putera mahkota baginda yang bakal menggantikannya iaitu Meurah Pupok telah dituduh melakukan perbuatan zina. Maka Meurah Pupok pun dibawa ke pengadilan dan dijatuhkan bersalah. Dengan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh Sultan Iskandar Muda.
Dari kisah ini, maka lahirlah pepatah Aceh “Mate aneuk meupat jeurat, gadoh adat pat tamita” yang bermaksud “Mati anak ada kuburnya, hilang adat di mana hendak digantikan”. Dari sini pula, lahirlah pepatah “Biar hilang anak, jangan hilang adat”.
Itulah indah melayu bila berkata-kata walaupun rumpunan dilain jajahan bila memahami maksud tersirat..
sumbet Fecebook
md Rosdi hadan